Manual Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan IKM Beseri ini diwujudkan
sebagai satu panduan kepada semua kakitangan dan pelajar serta orang lain yang
berurusan dengan kerja-kerja di dalam IKM Beseri berkaitan hal-hal keselamatan
dan kesihatan pekerjaan. Manual ini mengandungi penerangan dasar keselamatan
dan kesihatan pekerjaan, objektif keselamatan dan kesihatan serta penerangan
ringkas mengenai organisasi, perancangan dan perlaksanaan Sistem Pengurusan
Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan di IKM Beseri ini.
Manual Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan IKM Beseri membincangkan dua
konsep pengurusan keselamatan dan kesihatan merangkumi polisi dan peraturan
kendiri bagi memastikan keselamatan dan kesihatan di IKM terhadap mereka yang
mewujudkan risiko dan bekerja dengan risiko tersebut.
Antara objektif manual ini adalah untuk:
- Menyediakan panduan pengurusan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan dengan menekankan perlaksanaan di semua peringkat KKP IKM Beseri.
- Menerangkan Undang-Undang, Peraturan, prosedur, dan garis panduan untuk dipatuhi.
- Mengambil langkah setakat yang praktik melindungi keselamatan dan kesihatan semua kakitangan dan pelanggan yang berurusan.
- Mencegah dan mengelakkan kecederaan, penyakit, atau kematian di kalangan kakitangan dan pelajar IKM Beseri yang disebabkan daripada aktiviti pekerjaan seterusnya memupuk budaya kerja selamat dan sihat.
Manual ini juga diwujudkan bagi menggerakkan semua pihak warga IKM
Beseri khususnya Ahli Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan di setiap program
dan unit untuk melaksanakan pengurusan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan
mengikut kriteria yang telah ditetapkan di dalam manual dan akan dianalisa
keberkesanannya sepanjang masa. Secara amnya Manual ini adalah bertujuan untuk
mewujudkan peraturan, prosedur dan garis panduan berkaitan KKP secara umum dan
boleh digunakan bila-bila masa. Semua staf perlu memberi kerjasama dan memahami
tugas masing-masing dalam bidang KKP semasa berada di dalam kawasan IKM Beseri.
Pengguna manual bukan sahaja perlu merujuk kepada manual ini tetapi perlu
merujuk kepada dokumen lain yang dikeluarkan oleh Jabatan Keselamatan dan
Kesihatan Pekerjaan atau Agensi lain yang terlibat secara langsung dengan
proses kerja dilakukan.
Secara kesimpulan manual ini banyak memberi manfaat dan membantu para
pensyarah, staf, pelajar dan orang lain yang berurusan untuk mendapatkan
maklumat berkaitan Pengurusan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan di IKM
Beseri, prosedur, garis panduan, peraturan serta dokumen sokongan lain dalam
menjalankan sebarang aktiviti atau kerja agar produktiviti dan kelangsungan
serta misi IKM Beseri dapat direalisasikan
Akhir kata pihak Jawatankuasa KKP, IKM Beseri ingin merakamkan setinggi
tahniah dan penghargaan kepada semua pihak yang terlibat secara langsung atau
tidak langsung sepanjang penyediaan Manual Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan
IKM Beseri edisi 1.
Manual Keselamatan dan Kesihatan IKM Beseri edisi 1-2013
Manual Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan IKM Beseri edisi 1.
Perhimpunan pelajar dan staf IKM Beseri
Majlis Pelancaran Manual Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan IKM Beseri edisi 1.
Barisan pengsyarah IKM Beseri
Pengarah dan Timbalan Pengarah KPHP
Ucapan Pengarah IKM Beseri, En. Mohd Rosidi bin Taha
Pengacara Maljlis En. Zilman
Ucapan Setiausaha KKP IKM Beseri,Tn Hj Mohd Dimyati b. Hj Mohd Sadri
Acara penerimaan watikah perlantikan Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan IKM Beseri
Orang kuat KKP IKM Beseri, Pn Yusfazila bt Mohd Yusof
Ketua Unit Latihan En. Elhami @ Che Kasim Bin Kamarudin
Ketua Unit Keselamatan KKP En. Azizan Bin Man
Acara penyerahan Manual Keselamatan dan Kesehatan Pekerjaan IKM Beseri Perlis kepada semua ketua jabatan dan ketua Program oleh En Mohd Rosidi b. Taha, pengarah IKM Beseri
Tiada ulasan:
Catat Ulasan