RRRRR

>SELAMAT DATANG KE HALAMAN JKKP IKM BESERI--- AMALKAN BUDAYA KERJA SELAMAT DAN SIHAT SELAMAT DATANG KE HALAMAN JKKP IKM BESERI--- AMALKAN BUDAYA KERJA SELAMAT DAN SIHAT

Jumaat, 15 Jun 2012

LAWATAN AUDIT JABATAN KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN PERLIS KE IKM BESERI, PERLIS

Pada 24 April 2012, Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Perlis (JKKP Perlis) telah membuat Lawatan dan audit keselamatan di Institut Kemahiran MARA Beseri, Perlis. Pasukan Seramai 3 orang pegawai JKKP Perlis yang diketuai oleh En. Ismail b. Abd Aziz dengan di bantu oleh En. Mohamad Shukri b. Mohamad Sa’ad dan Pn. Faizah bt. Ali telah disambut oleh En. Ab Ghafa b. Mohamed Timbalan Pengarah KP&HEP, En. Hasri bin Haris (Timbalan Pengarah HEA), Tn Hj Mohd Dimyati b. Hj Mohd Sadri (Penyelaras JKKP IKM Beseri), Pn. Yusfazila bt. Mohd Yusof (Setiausaha JKKP IKM Beseri) dan semua AJK JKKP IKM Beseri. Pegawai-pegawai JKKP Perlis telah berada di IKM Beseri selama 3 jam bermula jam 10.00 pagi. Antara aktiviti yang dijalankan ialah taklimat ringkas latar belakang JKKP IKM Beseri, dasar, program dan aktiviti keselamatan dan kesihatan pekerjaan IKM Beseri oleh Penyelaras JKKP IKM Beseri di Bilik Mesyuarat Utama dan lawatan pemeriksaan ke bengkel dan makmal di Program SMR, STK dan SAF. Hasil dari lawatan ini beberapa teguran telah di buat oleh pihak JKKP Perlis untuk di buat penambahbaikan. Secara keseluruhannya pihak JKKP Perlis berpuas hati dengan usaha dan komitmen IKM Beseri dalam memastikan tempat kerja di IKM Beseri selamat dan sihat kepada semua. JKKP IKM Beseri ingin merakamkan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam siri lawatan audit ini.