RRRRR

>SELAMAT DATANG KE HALAMAN JKKP IKM BESERI--- AMALKAN BUDAYA KERJA SELAMAT DAN SIHAT SELAMAT DATANG KE HALAMAN JKKP IKM BESERI--- AMALKAN BUDAYA KERJA SELAMAT DAN SIHAT

Sabtu, 13 Julai 2013

PELANCARAN MANUAL KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN IKM BESERI

Assalammualaikum semua warga IKM Beseri. 


Manual Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan IKM Beseri ini diwujudkan sebagai satu panduan kepada semua kakitangan dan pelajar serta orang lain yang berurusan dengan kerja-kerja di dalam IKM Beseri berkaitan hal-hal keselamatan dan kesihatan pekerjaan. Manual ini mengandungi penerangan dasar keselamatan dan kesihatan pekerjaan, objektif keselamatan dan kesihatan serta penerangan ringkas mengenai organisasi, perancangan dan perlaksanaan Sistem Pengurusan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan di IKM Beseri ini.
Manual Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan IKM Beseri membincangkan dua konsep pengurusan keselamatan dan kesihatan merangkumi polisi dan peraturan kendiri bagi memastikan keselamatan dan kesihatan di IKM terhadap mereka yang mewujudkan risiko dan bekerja dengan risiko tersebut.

Antara objektif manual ini adalah untuk:
  1. Menyediakan panduan pengurusan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan dengan menekankan perlaksanaan di semua peringkat KKP IKM Beseri.
  2.  Menerangkan Undang-Undang, Peraturan, prosedur, dan garis panduan untuk dipatuhi.
  3.   Mengambil langkah setakat yang praktik melindungi keselamatan dan kesihatan semua kakitangan dan pelanggan yang berurusan.
  4. Mencegah dan mengelakkan kecederaan, penyakit, atau kematian di kalangan kakitangan dan pelajar IKM Beseri yang disebabkan daripada aktiviti pekerjaan seterusnya memupuk budaya kerja selamat dan sihat.


Manual ini juga diwujudkan bagi menggerakkan semua pihak warga IKM Beseri khususnya Ahli Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan di setiap program dan unit untuk melaksanakan pengurusan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan mengikut kriteria yang telah ditetapkan di dalam manual dan akan dianalisa keberkesanannya sepanjang masa. Secara amnya Manual ini adalah bertujuan untuk mewujudkan peraturan, prosedur dan garis panduan berkaitan KKP secara umum dan boleh digunakan bila-bila masa. Semua staf perlu memberi kerjasama dan memahami tugas masing-masing dalam bidang KKP semasa berada di dalam kawasan IKM Beseri. Pengguna manual bukan sahaja perlu merujuk kepada manual ini tetapi perlu merujuk kepada dokumen lain yang dikeluarkan oleh Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan atau Agensi lain yang terlibat secara langsung dengan proses kerja dilakukan.

Secara kesimpulan manual ini banyak memberi manfaat dan membantu para pensyarah, staf, pelajar dan orang lain yang berurusan untuk mendapatkan maklumat berkaitan Pengurusan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan di IKM Beseri, prosedur, garis panduan, peraturan serta dokumen sokongan lain dalam menjalankan sebarang aktiviti atau kerja agar produktiviti dan kelangsungan serta misi IKM Beseri dapat direalisasikan


Akhir kata pihak Jawatankuasa KKP, IKM Beseri ingin merakamkan setinggi tahniah dan penghargaan kepada semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung sepanjang penyediaan Manual Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan IKM Beseri edisi 1.

Manual Keselamatan dan Kesihatan IKM Beseri edisi 1-2013

Manual Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan IKM Beseri edisi 1.


Perhimpunan pelajar dan staf IKM Beseri


Majlis Pelancaran Manual Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan IKM Beseri edisi 1.


Barisan pengsyarah IKM Beseri
Pengarah dan Timbalan Pengarah KPHP

Ucapan Pengarah IKM Beseri, En. Mohd Rosidi bin Taha


Pengacara Maljlis En. Zilman


 Ucapan Setiausaha KKP IKM Beseri,Tn Hj Mohd Dimyati b. Hj Mohd Sadri


Acara penerimaan watikah perlantikan Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan IKM Beseri



Orang kuat KKP IKM Beseri, Pn Yusfazila bt Mohd Yusof


Ketua Unit Latihan En. Elhami @ Che Kasim Bin Kamarudin


                                        Ketua Unit Keselamatan KKP En. Azizan Bin Man




Acara penyerahan Manual Keselamatan dan Kesehatan Pekerjaan IKM Beseri Perlis kepada semua ketua jabatan dan ketua Program oleh En Mohd Rosidi b. Taha, pengarah IKM Beseri