KESIHATAN DAN KESELAMATAN PEKERJAAN merupakan satu bidang yang bertujuan melindungi kesihatan, keselamatan dan kebajikan pekerja. Keselamatan tempat kerja merupakan suatu aspek penting di dalam sesebuah organisasi syarikat. Ia merupakan salah satu tanggungjawab majikan di bawah Akta Kesihatan dan Keselamatan Pekerjaan 1994 Malaysia untuk mengambil berat tentang kesihatan dan keselamatan para pekerja ketika bekerja di dalam sesebuah syarikat. Akta ini dikawalselia oleh Jabatan Kesihatan dan Keselamatan Pekerjaan dari Kementerian Sumber Manusia.
SEJARAH
Keselamatan Pekerjaan diperkenalkan
oleh Jabatan Kilang dan Jentera dari Kementerian Sumber Manusia berikutan peristiwa letupan kilang mercun Bright
Sparkler di Sungai Buloh yang berlaku pada 1991.
Ketika berlakunya kejadian tersebut, berpuluh-puluh pekerja terperangkap dan
seramai 26 orang terkorban di dalam insiden tersebut.
Selepas 1994, Sebuah akta ditubuhkan
dan diberi nama Akta Kesihatan dan Keselamatan Pekerjaan. Jabatan Kilang dan
Jentera mula menguatkuasakan akta ini dan seterusnya nama jabatan tersebut
ditukar kepada Jabatan Kesihatan dan Keselamatan Pekerjaan.
PRINSIP
Akta Kesihatan dan Keselamatan
Pekerjaan 1994 dirangka berdasarkan enam prinsip iaitu:
- Pencegahan
kemalangan adalah sebahagian daripada aspek penting pengurusan dan
kemahiran yang baik
- Pihak
pengurusan dan pekerja mestilah bekerjasama dalam memastikan tempat kerja
bebas daripada sebarang kemalangan
- Penglibatan
pihak atasan adalah diutamakan dalam memimpin perlaksanaan keselamatan di
tempat kerja
- Dasar
keselamatan dan kesihatan pekerjaan hendaklah dirangka dan diketahui oleh
semua pekerja di tempat kerja
- Organisasi
dan sumber yang perlu hendaklah dibangun dan disediakan bagi menyokong ke
arah kesihatan dan keselamatan pekerjaan
- Pengetahuan
dan kaedah tersedia yang terbaik digunakan
Keenam-enam prinsip tadi merupakan
asas di dalam pembinaan dan perangkaan Akta Kesihatan dan Keselamatan Pekerjaan
1994.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan