RRRRR

>SELAMAT DATANG KE HALAMAN JKKP IKM BESERI--- AMALKAN BUDAYA KERJA SELAMAT DAN SIHAT SELAMAT DATANG KE HALAMAN JKKP IKM BESERI--- AMALKAN BUDAYA KERJA SELAMAT DAN SIHAT

Isnin, 16 April 2012

JAWATANKUASA KESELAMATAN DAN KESIHATAN IKM BESERI



Dasar Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan ini disediakan berasaskan kepada keperluan Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 (Akta 514), seksyen 16 yang mana menekankan beberapa perkara penting berkaitan dengan dasar am keselamatan dan kesihatan pekerjaan yang wajib dilaksanakan oleh majikan. Antara perkara tersebut termasuklah;     
 i.  Menyediakan satu pernyataan bertulis dasar am berkenaan keselamatan dan kesihatan   pekerjaan
 ii.    Menubuhkan organisasi dan perkiraan untuk menjayakan perlaksanaan dasar;
iii.    Mengkaji semula dasar; dan 
iv.    Memaklumkan setiap pekerja mengenai pernyataan dasar tersebut.

Dasar Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan ini hanya boleh digunakan setelah diluluskan oleh Pengarah Bahagian Kemahiran dan Teknikal MARA, Kuala Lumpur. Pegawai dan kakitangan yang bertanggungjawab menyimpan dan mengemaskini Dasar Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan ini mestilah mengikut arahan pengemaskinian yang dikeluarkan dari masa ke semasa. Mana-mana bahagian daripada dokumen ini tidak boleh dikeluarkan atau dipinda tanpa kebenaran pihak yang meluluskan dokumen.





  

KESIHATAN DAN KESELAMATAN PEKERJAAN merupakan satu bidang yang bertujuan melindungi kesihatan, keselamatan dan kebajikan pekerja. Keselamatan tempat kerja merupakan suatu aspek penting di dalam sesebuah organisasi syarikat. Ia merupakan salah satu tanggungjawab majikan di bawah Akta Kesihatan dan Keselamatan Pekerjaan 1994 Malaysia untuk mengambil berat tentang kesihatan dan keselamatan para pekerja ketika bekerja di dalam sesebuah syarikat. Akta ini dikawalselia oleh Jabatan Kesihatan dan Keselamatan Pekerjaan dari Kementerian Sumber Manusia.


SEJARAH
Keselamatan Pekerjaan diperkenalkan oleh Jabatan Kilang dan Jentera dari Kementerian Sumber Manusia berikutan peristiwa letupan kilang mercun Bright Sparkler di Sungai Buloh yang berlaku pada 1991. Ketika berlakunya kejadian tersebut, berpuluh-puluh pekerja terperangkap dan seramai 26 orang terkorban di dalam insiden tersebut.
Selepas 1994, Sebuah akta ditubuhkan dan diberi nama Akta Kesihatan dan Keselamatan Pekerjaan. Jabatan Kilang dan Jentera mula menguatkuasakan akta ini dan seterusnya nama jabatan tersebut ditukar kepada Jabatan Kesihatan dan Keselamatan Pekerjaan.

PRINSIP

Akta Kesihatan dan Keselamatan Pekerjaan 1994 dirangka berdasarkan enam prinsip iaitu:
  1. Pencegahan kemalangan adalah sebahagian daripada aspek penting pengurusan dan kemahiran yang baik
  2. Pihak pengurusan dan pekerja mestilah bekerjasama dalam memastikan tempat kerja bebas daripada sebarang kemalangan
  3. Penglibatan pihak atasan adalah diutamakan dalam memimpin perlaksanaan keselamatan di tempat kerja
  4. Dasar keselamatan dan kesihatan pekerjaan hendaklah dirangka dan diketahui oleh semua pekerja di tempat kerja
  5. Organisasi dan sumber yang perlu hendaklah dibangun dan disediakan bagi menyokong ke arah kesihatan dan keselamatan pekerjaan
  6. Pengetahuan dan kaedah tersedia yang terbaik digunakan
Keenam-enam prinsip tadi merupakan asas di dalam pembinaan dan perangkaan Akta Kesihatan dan Keselamatan Pekerjaan 1994.