Pada 24 April 2012, Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Perlis (JKKP Perlis) telah membuat Lawatan dan audit keselamatan di Institut Kemahiran MARA Beseri, Perlis. Pasukan Seramai 3 orang pegawai JKKP Perlis yang diketuai oleh En. Ismail b. Abd Aziz dengan di bantu oleh En. Mohamad Shukri b. Mohamad Sa’ad dan Pn. Faizah bt. Ali telah disambut oleh En. Ab Ghafa b. Mohamed Timbalan Pengarah KP&HEP, En. Hasri bin Haris (Timbalan Pengarah HEA), Tn Hj Mohd Dimyati b. Hj Mohd Sadri (Penyelaras JKKP IKM Beseri), Pn. Yusfazila bt. Mohd Yusof (Setiausaha JKKP IKM Beseri) dan semua AJK JKKP IKM Beseri. Pegawai-pegawai JKKP Perlis telah berada di IKM Beseri selama 3 jam bermula jam 10.00 pagi. Antara aktiviti yang dijalankan ialah taklimat ringkas latar belakang JKKP IKM Beseri, dasar, program dan aktiviti keselamatan dan kesihatan pekerjaan IKM Beseri oleh Penyelaras JKKP IKM Beseri di Bilik Mesyuarat Utama dan lawatan pemeriksaan ke bengkel dan makmal di Program SMR, STK dan SAF. Hasil dari lawatan ini beberapa teguran telah di buat oleh pihak JKKP Perlis untuk di buat penambahbaikan. Secara keseluruhannya pihak JKKP Perlis berpuas hati dengan usaha dan komitmen IKM Beseri dalam memastikan tempat kerja di IKM Beseri selamat dan sihat kepada semua. JKKP IKM Beseri ingin merakamkan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam siri lawatan audit ini.
>
Jumaat, 15 Jun 2012
Ahad, 20 Mei 2012
PENGENALAN KEPADA JKKP ( JABATAN KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN MALAYSIA) / DOSH (DEPARTMENT OF OCCUPATIONAL SAFETY AND HEALTH).
-
Merupakan sebuah jabatan di bawah Kementerian Sumber Manusia
Sejarah penubuhan jabatan ini adalah merupakan dari beberapa siri Akta yang
berperanan menjaga kebajikan dan keselamatan kepada pekerja.
Sejarah
i.
The Selangor Boiler
Enactment 1892
ii.
The Perak Boiler
Enactment 1903
iii.
The Pahang
Boiler Enactment
1908
iv.
The Negeri Sembilan
Boiler Enactment 1908
v.
Federal Machinery Enactment 1913
vi.
Machinery Ordinance 1953
vii.
Akta Kilang Dan Jentera
Akta 1967
viii.
Akta Keselamatan Dan
Kesihatan Pekerjaan 1994 (Osha 1994)
Tanggungjawab
i.
Memastikan
keselamatan, kesihatan dan kebajikan orang-orang yang sedang berkerja;
ii.
Melindungi
orang-orang lain daripada bahaya-bahaya keselamatan dan kesihatan yang berpunca
dari aktiviti pekerjaan pelbagai sektor.
Fungsi Jabatan Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan
i.
Menjalankan kajian
dasar dan perundangan ke atas keselamatan dan kesihatan pekerjaan.
ii.
Menguatkuasakan
undang-undang.
iii.
Menjalankan kajian
dan analisis teknikal (isu-isu keselamatan perkerjaan)
iv.
Menjalankan
program galakan dan publisiti kepada majikan, pekerja dan orang awam
(memupuk kesedaran terhadap kkp)
(memupuk kesedaran terhadap kkp)
v.
Khidmat nasihat dan maklumat
kepada agensi-agensi kerajaan dan swasta berkaitan keselamatan dan kesihatan
pekerjaan.
Aktiviti Jabatan Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan
i.
Menjalankan kajian
dasar dan perundangan ke atas keselamatan dan kesihatan pekerjaan.
ii.
Menguatkuasakan
undang-undang.
iii.
Menjalankan kajian
dan analisis teknikal (isu-isu keselamatan perkerjaan)
iv.
Menjalankan
program galakan dan publisiti kepada majikan, pekerja dan orang awam (memupuk
kesedaran terhadap KKP)
v.
Khidmat nasihat dan maklumat
kepada agensi-agensi kerajaan dan swasta berkaitan keselamatan dan kesihatan
pekerjaan.
Khamis, 3 Mei 2012
AMALAN BUDAYA KERJA SELAMAT DAN SIHAT DI IKM BESERI
Kerja merupakan
tanggungjawab dan amanah. Manusia
perlu bekerja untuk menyara diri dan keluarga.
Bukan itu sahaja, ianya adalah tanggungjawab untuk memajukan dunia.
Kerja adalah untuk menyempurnakan amanah terhadap diri, ahli keluarga, sesama
makhluk dan terhadap Pencipta. Kehidupan kerja selamat perlu dihayati dan diamalkan.
Dalam sebuah Hadithnya Nabi SAW bersabda, yang bermaksud: “Kemalangan berpunca daripada 3 perkara: Kuda, perempuan dan rumah.”.
(HR Bukhari Jld.3 1305).
Pekerja
perlu tahu punca dan akibat kemalangan. Di mana, kemalangan yang berlaku di
tempat kerja adalah berkaitan dengan pengabaian keselamatan dan kecuaian
pekerja itu sendiri sehingga mengakibatkan kematian, kecacatan dan kecederaan.
Bukan itu sahaja, aspek kesihatan di tempat kerja juga perlu dihayati dan
diamalkan, di mana pekerja yang terdedah kepada risiko-risiko bahaya yang
mengancam kesihatan mereka yang mana kesannya hanya akan dapat dilihat dalam
jangka masa yang panjang iaitu setelah pekerja itu bersara.
Oleh
itu, para pekerja perlu tahu yang mereka mesti bekerja di persekitaran selamat
dan sihat supaya pengamalan kerja selamat dapat dihayati dengan sepenuhnya. Kerjasama
semua pihak amatlah perlu di mana, para majikan dapat memainkan peranan dalam
pengamalan keselamatan dan kesihatan di tempat kerja. Apa yang penting, aspek
keselamatan dan kesihatan pekerjaan perlu dilihat daripada pelbagai dimensi,
kerana setiap kerja yang dijalankan akan menimbulkan risiko dan bahaya kepada
kesihatan. Ia termasuk isu Keselamatan dan Kesihatan yang berbangkit pada era
ini seperti penyalahgunaan dadah dan alkohol di tempat kerja, keselamatan
kampus dan keganasan di tempat kerja.
Kehidupan kerja selamat akan dapat diperolehi dengan
beberapa kaedah iaitu bekerja mengikut prosedur kerja selamat serta patuh
kepada peraturan keselamatan. Pekerja hendaklah peka dan patuh kepada peraturan
keselamatan dan peraturan kerja yang berkaitan di tempat kerja. Pekerja hendaklah juga menjauhi
perbuatan yang tidak selamat dan sentiasa mengamalkan Budaya Kerja Selamat dan
Sihat di tempat kerja.
Bagi
membolehkan seseorang itu bekerja dengan selamat, tempat kerja mestilah bebas
dari terdedah kepada bahaya, ia perlu dikenalpasti dan langkah kawalan atau
pencegahan hendaklah dilaksanakan, disamping memastikan semua pekerja diberi
pengetahuan, kemahiran dan maklumat yang sesuai untuk melakukan sesuatu kerja
atau tugas dengan selamat. Sekiranya semua ini dapat dipraktikkan dengan
berkesan, maka sudah pasti keselamatan di tempat kerja akan dapat dicapai dan
pekerja dapat menjalani kehidupan dengan selamat dan sihat.
Sehubungan dengan pengamalan Budaya Kerja Selamat dan Sihat, pada 18 April
2012, Pengarah IKM Beseri En. Marzuki Bin Mahamad Radzi bersama-sama Jawatankuasa Keselamatan dan
Kesihatan Pekerjaan IKM Beseri telah melancarkan pemasangan papan tanda "Amalkan
Budaya Kerja Selamat Dan Sihat" di semua program di dalam Kampus
IKM Beseri. Dengan terlancarnya kempen ini, semua wargakerja, pelajar, pekerja
kontrak serta pelawat dapat menghayati slogan ini agar sentiasa mematuhi dan
mengamalkan budaya kerja selamat dan sihat di tempat kerja.
Isnin, 16 April 2012
JAWATANKUASA KESELAMATAN DAN KESIHATAN IKM BESERI
Dasar Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan ini
disediakan berasaskan kepada keperluan Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan
1994 (Akta 514), seksyen 16 yang mana menekankan beberapa perkara penting
berkaitan dengan dasar am keselamatan dan kesihatan pekerjaan yang wajib
dilaksanakan oleh majikan. Antara perkara tersebut termasuklah;
i. Menyediakan
satu pernyataan bertulis dasar am berkenaan keselamatan dan kesihatan pekerjaan
ii. Menubuhkan
organisasi dan perkiraan untuk menjayakan perlaksanaan dasar;
iii. Mengkaji
semula dasar; dan
iv. Memaklumkan
setiap pekerja mengenai pernyataan dasar tersebut.
Dasar
Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan ini hanya boleh digunakan setelah
diluluskan oleh Pengarah Bahagian Kemahiran dan Teknikal MARA, Kuala Lumpur. Pegawai dan kakitangan yang
bertanggungjawab menyimpan dan mengemaskini Dasar Keselamatan dan Kesihatan
Pekerjaan ini mestilah mengikut arahan pengemaskinian yang dikeluarkan dari
masa ke semasa. Mana-mana bahagian daripada dokumen ini tidak boleh dikeluarkan
atau dipinda tanpa kebenaran pihak yang meluluskan dokumen.
KESIHATAN DAN KESELAMATAN PEKERJAAN merupakan satu bidang yang bertujuan melindungi kesihatan, keselamatan dan kebajikan pekerja. Keselamatan tempat kerja merupakan suatu aspek penting di dalam sesebuah organisasi syarikat. Ia merupakan salah satu tanggungjawab majikan di bawah Akta Kesihatan dan Keselamatan Pekerjaan 1994 Malaysia untuk mengambil berat tentang kesihatan dan keselamatan para pekerja ketika bekerja di dalam sesebuah syarikat. Akta ini dikawalselia oleh Jabatan Kesihatan dan Keselamatan Pekerjaan dari Kementerian Sumber Manusia.
SEJARAH
Keselamatan Pekerjaan diperkenalkan
oleh Jabatan Kilang dan Jentera dari Kementerian Sumber Manusia berikutan peristiwa letupan kilang mercun Bright
Sparkler di Sungai Buloh yang berlaku pada 1991.
Ketika berlakunya kejadian tersebut, berpuluh-puluh pekerja terperangkap dan
seramai 26 orang terkorban di dalam insiden tersebut.
Selepas 1994, Sebuah akta ditubuhkan
dan diberi nama Akta Kesihatan dan Keselamatan Pekerjaan. Jabatan Kilang dan
Jentera mula menguatkuasakan akta ini dan seterusnya nama jabatan tersebut
ditukar kepada Jabatan Kesihatan dan Keselamatan Pekerjaan.
PRINSIP
Akta Kesihatan dan Keselamatan
Pekerjaan 1994 dirangka berdasarkan enam prinsip iaitu:
- Pencegahan
kemalangan adalah sebahagian daripada aspek penting pengurusan dan
kemahiran yang baik
- Pihak
pengurusan dan pekerja mestilah bekerjasama dalam memastikan tempat kerja
bebas daripada sebarang kemalangan
- Penglibatan
pihak atasan adalah diutamakan dalam memimpin perlaksanaan keselamatan di
tempat kerja
- Dasar
keselamatan dan kesihatan pekerjaan hendaklah dirangka dan diketahui oleh
semua pekerja di tempat kerja
- Organisasi
dan sumber yang perlu hendaklah dibangun dan disediakan bagi menyokong ke
arah kesihatan dan keselamatan pekerjaan
- Pengetahuan
dan kaedah tersedia yang terbaik digunakan
Keenam-enam prinsip tadi merupakan
asas di dalam pembinaan dan perangkaan Akta Kesihatan dan Keselamatan Pekerjaan
1994.
Langgan:
Catatan (Atom)