RRRRR

>SELAMAT DATANG KE HALAMAN JKKP IKM BESERI--- AMALKAN BUDAYA KERJA SELAMAT DAN SIHAT SELAMAT DATANG KE HALAMAN JKKP IKM BESERI--- AMALKAN BUDAYA KERJA SELAMAT DAN SIHAT

Ahad, 20 Mei 2012

PENGENALAN KEPADA JKKP ( JABATAN KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN MALAYSIA) / DOSH (DEPARTMENT OF OCCUPATIONAL SAFETY AND HEALTH).


-          Merupakan sebuah jabatan di bawah Kementerian Sumber Manusia

Sejarah penubuhan jabatan ini adalah merupakan dari beberapa siri Akta yang berperanan menjaga kebajikan dan keselamatan kepada pekerja.

Sejarah

         i.         The Selangor Boiler Enactment                                        1892
       ii.         The Perak Boiler Enactment                                              1903
      iii.         The Pahang Boiler Enactment                                          1908
    iv.         The Negeri Sembilan Boiler Enactment                          1908
      v.         Federal Machinery Enactment                                        1913
    vi.         Machinery Ordinance                                                         1953
   vii.         Akta Kilang Dan Jentera Akta                                         1967
 viii.         Akta Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan             1994 (Osha 1994)



Tanggungjawab

         i.            Memastikan keselamatan, kesihatan dan kebajikan orang-orang yang sedang berkerja;
       ii.            Melindungi orang-orang lain daripada bahaya-bahaya keselamatan dan kesihatan yang berpunca dari aktiviti pekerjaan pelbagai sektor.

  
Fungsi Jabatan Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan


         i.            Menjalankan kajian dasar dan perundangan ke atas keselamatan dan kesihatan pekerjaan.
       ii.            Menguatkuasakan undang-undang.
      iii.            Menjalankan kajian dan analisis teknikal (isu-isu keselamatan perkerjaan)
    iv.            Menjalankan program galakan dan publisiti kepada majikan, pekerja dan orang awam
(memupuk kesedaran terhadap kkp)
      v.            Khidmat nasihat dan maklumat kepada agensi-agensi kerajaan dan swasta berkaitan keselamatan dan kesihatan pekerjaan.

  
Aktiviti Jabatan Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan


         i.            Menjalankan kajian dasar dan perundangan ke atas keselamatan dan kesihatan pekerjaan.
       ii.            Menguatkuasakan undang-undang.
      iii.            Menjalankan kajian dan analisis teknikal (isu-isu keselamatan perkerjaan)
    iv.            Menjalankan program galakan dan publisiti kepada majikan, pekerja dan orang awam (memupuk kesedaran terhadap KKP)
      v.            Khidmat nasihat dan maklumat kepada agensi-agensi kerajaan dan swasta berkaitan keselamatan dan kesihatan pekerjaan.


Khamis, 3 Mei 2012

AMALAN BUDAYA KERJA SELAMAT DAN SIHAT DI IKM BESERI


Kerja merupakan tanggungjawab dan amanah. Manusia perlu bekerja untuk menyara diri dan keluarga.  Bukan itu sahaja, ianya adalah tanggungjawab untuk memajukan dunia. Kerja adalah untuk menyempurnakan amanah terhadap diri, ahli keluarga, sesama makhluk dan terhadap Pencipta. Kehidupan kerja selamat perlu dihayati dan diamalkan. Dalam sebuah Hadithnya Nabi SAW bersabda, yang bermaksud: “Kemalangan berpunca daripada 3 perkara: Kuda, perempuan dan rumah.”. (HR Bukhari Jld.3 1305).

Pekerja perlu tahu punca dan akibat kemalangan. Di mana, kemalangan yang berlaku di tempat kerja adalah berkaitan dengan pengabaian keselamatan dan kecuaian pekerja itu sendiri sehingga mengakibatkan kematian, kecacatan dan kecederaan. Bukan itu sahaja, aspek kesihatan di tempat kerja juga perlu dihayati dan diamalkan, di mana pekerja yang terdedah kepada risiko-risiko bahaya yang mengancam kesihatan mereka yang mana kesannya hanya akan dapat dilihat dalam jangka masa yang panjang iaitu setelah pekerja itu bersara.

Oleh itu, para pekerja perlu tahu yang mereka mesti bekerja di persekitaran selamat dan sihat supaya pengamalan kerja selamat dapat dihayati dengan sepenuhnya. Kerjasama semua pihak amatlah perlu di mana, para majikan dapat memainkan peranan dalam pengamalan keselamatan dan kesihatan di tempat kerja. Apa yang penting, aspek keselamatan dan kesihatan pekerjaan perlu dilihat daripada pelbagai dimensi, kerana setiap kerja yang dijalankan akan menimbulkan risiko dan bahaya kepada kesihatan. Ia termasuk isu Keselamatan dan Kesihatan yang berbangkit pada era ini seperti penyalahgunaan dadah dan alkohol di tempat kerja, keselamatan kampus dan keganasan di tempat kerja.

Kehidupan kerja selamat akan dapat diperolehi dengan beberapa kaedah iaitu bekerja mengikut prosedur kerja selamat serta patuh kepada peraturan keselamatan. Pekerja hendaklah peka dan patuh kepada peraturan keselamatan dan peraturan kerja yang berkaitan di tempat kerja. Pekerja hendaklah juga menjauhi perbuatan yang tidak selamat dan sentiasa mengamalkan Budaya Kerja Selamat dan Sihat di tempat kerja.

Bagi membolehkan seseorang itu bekerja dengan selamat, tempat kerja mestilah bebas dari terdedah kepada bahaya, ia perlu dikenalpasti dan langkah kawalan atau pencegahan hendaklah dilaksanakan, disamping memastikan semua pekerja diberi pengetahuan, kemahiran dan maklumat yang sesuai untuk melakukan sesuatu kerja atau tugas dengan selamat. Sekiranya semua ini dapat dipraktikkan dengan berkesan, maka sudah pasti keselamatan di tempat kerja akan dapat dicapai dan pekerja dapat menjalani kehidupan dengan selamat dan sihat.

Sehubungan dengan pengamalan Budaya Kerja Selamat dan Sihat, pada 18 April 2012, Pengarah IKM Beseri En. Marzuki Bin Mahamad Radzi bersama-sama Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan IKM Beseri telah melancarkan pemasangan papan tanda "Amalkan Budaya Kerja Selamat Dan Sihat" di semua program di dalam Kampus IKM Beseri. Dengan terlancarnya kempen ini, semua wargakerja, pelajar, pekerja kontrak serta pelawat dapat menghayati slogan ini agar sentiasa mematuhi dan mengamalkan budaya kerja selamat dan sihat di tempat kerja.